Isnin, 29 Jun 2009

selamat datang rejab........

Dicatat oleh fahamianna di 10:48 PG 3 ulasan
selamat datang rejab..ahlan wasahlan..
belum terlambat kak ucapkan hepi belated besday buat adik mohd sufian yg lahir 17.6 baru ni..salam yaumul milad gud luck ...semoge berjaye dunia akhirat..jadi anak yg soleh..nanti balik kegi kak belanje..belanje megi dohla hehehe..
salam yaumul milad jgk buat yg 'teristimewa' pd 1 rejab 1404hj...semoge dapat capai cita2 dan impian yg diinginkan...i.allah..yg ni nak hadiah pe??emm..belanje sayer rfc bulehkan??hehehe..bukan nk bagi hadiah tapi nak mntak ajer..hehe..

Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka
pasti iamendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin,
20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat
kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab
(24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900
tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya
akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu
neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan
8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan
mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua
kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."



Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai
yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih
harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril
untuk siapakah sungai ini?"


Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang
membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan
bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti
dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada
ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah
engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang
diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt
meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu
berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya
mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya
Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam
dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya
sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa
satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan
niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti
berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."

bazar hari terakhir....

Dicatat oleh fahamianna di 12:53 PG 0 ulasan
hari ni hari ketiga bazar seri iman berlangsung..i.allah malam ni adalah malam terakhir..penat tapi seronok jugak..sian abi wajdi n da geng bertungkus lumus melayan pelanggan meehun sup n mee seafood yang sedap..hehehe..

Ahad, 28 Jun 2009

wajdi nak jadi hafiz bile besor kegi..ameennn..

Dicatat oleh fahamianna di 1:06 PTG 1 ulasan





Jumaat, 26 Jun 2009

9 sebab hati tidak bahagia

Dicatat oleh fahamianna di 10:29 PG 1 ulasan
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Selasa, 9 Jun 2009

xder idea.............

Dicatat oleh fahamianna di 9:45 PTG 1 ulasan
alhamdulillah...imtihan suda pon berlalu..cangne ni..doa n tawakkal ajer..musm cuti kuliah pon bermule..macam2 ragamlah waktu ni..ader yg sibuk nk balik mesia pon ader..huhu termasuklah diri ini...ngade2..org nk balik aku pon nak balik..ader sape2 dok nk sponser tiket dok ni??cepatttt...nok balik ni..ishh napok gaye kene cari dato' sorang ni..nok balik tiap2 hari pon xpe..huhu..beranganlah kamu..xmboh2..kakcik kate klu nok dato' kene bersedia nk jd no 2..nauzubillah..xmbohhhh....jgn ader sesiapa terase eh...hehehe..saje ajer...nok balikkkkkkkk...ishh bestnye klulah aku jd pencetak duit..fuhh..xdpt bayangkan..leha ..wani...jom balikkk..leha kate mesir doh xselamat utk dirinyer..ahaks...kununler tu...macam2 alasanlah kamu yer..sbnarnye xdop idea nk update blog ni..doh lame membeku ke sini..sibuk pekse..he3 alasan...kawan2 doakan kejayaan bersame yer..kejayaan dunia n akhirat...

Sabtu, 30 Mei 2009

lagi jalan2 di tahrir @grand hotel..&si wajdi..

Dicatat oleh fahamianna di 4:35 PG 1 ulasan


kene kurung dalam bakul..nasiblah kamu wajdi..
anda mau kenal siapakah die???cube teke..hehehe
nampak itu si budak kecil dlm cermin..




wajdi yang aktif....



Rabu, 27 Mei 2009

candid..

Dicatat oleh fahamianna di 4:39 PG 0 ulasan








 

.......KERINDUAN YANG TIADA DUA...... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez