Sabtu, 14 Mac 2009

SEBAB APA TAK MAMPU SOLAT MALAM????

Dicatat oleh fahamianna di 6:00 PG


Telah disampaikan cerita seorg lelaki yg tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam.Nabi saw bersabda:
Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya( riwayat bukhori dan muslim)

Fudail bin Iyadh telah berkata:
"Apabila kamu tidak mampu untuk qiyamullail dan puasa sunat pd siang hari maka ketahuilah
sesungguhnya kamu telah dibelenggu dgn maksiat yg kamu lakukan"

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

  1. Sunat pd sesiapa yg bgun pd waktu malam utk sapu muka,bersugi,memandag langit dan membaca ayat 190-200 surah Al-imran
  2. Disunatkan membuka solat mlm dgn 2 rakaat yg ringan
  3. Disunat solat mlm dgn memberi salam setiap 2 rakaat dan diakhiri dgn witir
  4. Solat mlm 11 rakaat ( nabi tdak pernah solat mlm pd bln ramadhan dan lain2nya lbih dr 11 rakaat
  5. Disunatkan memanjangkan bacaan pd solat malam
  6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat malam
  7. Disunatkan berbaring apabila terasa sgt mengantuk
  8. Disunatkan mengejutkan suami@isteri utk bgun malam.Nabi saw bersabda:"Allah merahmati seorg lelaki yg bgun malam utk solat dan mengejutkan isterinya.Sekiranya isterinya enggan,dia merenjiskan air di mukanya.Allah merahmati seor wanita yg bgun utk solat malam dan mengejutkan suaminya dgn air.
  9. solatlah malam dgn istiqomah walaupun sedikit
  10. Disunatkan memperbanyakkan istighfar dan doa
  11. Seeloknya seseorg itu berniat bersungguh utk bgun qiyamullail ketika hndak masuk tdur supaya dia mendapat pahala
  12. Disunatkan menqada'kan solat malam yg tertinggal
  13. Makruh mengkhususkan qiyamullail pd malam jumaat
  14. Disunatkan meniru cara qiyamullail nabi Daud.Solat yg pling dikasihi adalah solat nabi Daud..dan puasa yg paling dikasihi Allah adalah puasa nabi Daud..Baginda tidur di tgh malam,bgun di sepertiga yang akhir.baginda puasa sehari dan tak berpuasa sehari
  15. Cara untuk bangun awal pada waktu malam tertentu hendaklah membaca akhir surah Kahfi dan niat dan minta pada Allah untuk bangun pada waktu tertentu

0 ulasan on "SEBAB APA TAK MAMPU SOLAT MALAM????"

Catat Ulasan

 

.......KERINDUAN YANG TIADA DUA...... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez