Isnin, 18 Mei 2009

bala dari Allah???

Dicatat oleh fahamianna di 9:45 PG
  • Arab Saudi henti sementara visa umrah kepada rakyat Malaysia
  • Mufti Besar Mesir syor tunda ibadah haji tahun ini

    PUTRAJAYA: Semua 101 penumpang dan lima anak kapal pesawat AirAsia AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu yang turut dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) di negara ini, akan dikuarantin di rumah selama tujuh hari.
  • Turut dikuarantin semua ahli keluarga dan sesiapa yang pernah berurusan secara langsung dengan mereka selepas menaiki penerbangan berkenaan, yang berlepas pada jam 11 pagi.

    Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengesan penumpang terbabit supaya langkah kuarantin dapat dilaksanakan, termasuk terhadap ahli keluarga mereka.

    "Pada masa sama, kita meminta semua penumpang yang menaiki pesawat itu menghubungi mana-mana hospital dan klinik kerajaan atau talian 03-88810200/10300 serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Mangsa kedua yang disahkan positif Influenza A itu ialah seorang pelajar perempuan yang juga rakan kepada pelajar lelaki yang disahkan mangsa pertama virus H1N1 di negara ini, yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

    Kedua-duanya mangsa dilaporkan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat bersama dua rakan lain, namun mereka didapati tidak dijangkiti virus berkenaan. Selepas tiba pada 13 Mei lalu, mangsa kedua itu menaiki pesawat AirAsia ke Pulau Pinang.

    Dr Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama yang kini dirawat di HSB dan mangsa kedua yang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah stabil, tetapi mereka hanya akan dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan sembuh.

    "Mangsa pertama tidak batuk atau sakit tekak dan hanya mengalami sedikit demam, manakala mangsa kedua pula tidak mengalami demam atau sebarang tanda-tanda lain. Keluarga mereka yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah juga dilaporkan berada dalam sihat," katanya.

    Sementara itu, akhbar Arab News semalam melaporkan seorang pegawai yang menguruskan jemaah umrah di Arab Saudi memberitahu, visa mengerjakan umrah tidak akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia dan Mesir sebagai langkah berjaga-jaga membendung H1N1.

    "Larangan terhadap jemaah dari negara di mana kes H1N1 disahkan, menyebabkan penurunan mendadak jumlah jemaah yang tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini," kata laporan itu yang memetik kenyataan Pengarah Komputer di Tasheel United Company, Mahmoud Abul Majd.

    Beliau berkata, hanya 3,000 jemaah tiba semalam, berbanding 10,000 jemaah setiap hari sebelum ini. Kementerian Haji Arab Saudi mengeluarkan lebih 1.6 juta visa umrah musim ini yang bermula 14 Januari lalu dan daripada jumlah itu, 1.3 juta jemaah sudah tiba.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Jumua, pula menyarankan ulama di semua negara Islam mengeluarkan fatwa bersama bagi menangguhkan ibadah haji tahun ini bagi mengelak virus H1N1 boleh tersebar di Tanah Suci.

    "Fatwa itu wajar dikeluarkan semua cendekiawan dan pakar undang-undang dunia Islam yang diiktiraf. Mereka patut menggunakan laporan Kementerian Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian sebagai asas fatwa itu.

    "Tindakan melindungi keselamatan dan nyawa serta menyekat penyebaran penyakit berjangkit adalah antara matlamat utama dalam undang-undang Islam," katanya dalam temu bual dengan media al-Masry Al-Youm di Kaherah, semalam.

    Sehingga semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes H1N1 terhadap manusia meningkat kepada 8,480 di 39 negara, termasuk 72 kematian dengan angka tertinggi dicatat di Amerika Syarikat (4,714 kes, empat maut) dan Mexico (2,895 kes, 66 maut).

    Dua lagi negara bagi yang mencatat kes pertama mangsa positif H1N1 semalam ialah Turki dan India.

    Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), penasihat Jumua, Dr Ibrahim Negm, berkata mufti itu juga menyokong pandangan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Mohammed Tantawi supaya ibadah haji tidak diadakan tahun ini jika WHO mengisytiharkan H1N1 menjadi pandemik tahap keenam.

  • 0 ulasan on "bala dari Allah???"

    Catat Ulasan

     

    .......KERINDUAN YANG TIADA DUA...... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez