Isnin, 18 Mei 2009

bala dari Allah???

Dicatat oleh fahamianna di 9:45 PG 0 ulasan
  • Arab Saudi henti sementara visa umrah kepada rakyat Malaysia
  • Mufti Besar Mesir syor tunda ibadah haji tahun ini

    PUTRAJAYA: Semua 101 penumpang dan lima anak kapal pesawat AirAsia AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu yang turut dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) di negara ini, akan dikuarantin di rumah selama tujuh hari.
  • Turut dikuarantin semua ahli keluarga dan sesiapa yang pernah berurusan secara langsung dengan mereka selepas menaiki penerbangan berkenaan, yang berlepas pada jam 11 pagi.

    Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengesan penumpang terbabit supaya langkah kuarantin dapat dilaksanakan, termasuk terhadap ahli keluarga mereka.

    "Pada masa sama, kita meminta semua penumpang yang menaiki pesawat itu menghubungi mana-mana hospital dan klinik kerajaan atau talian 03-88810200/10300 serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Mangsa kedua yang disahkan positif Influenza A itu ialah seorang pelajar perempuan yang juga rakan kepada pelajar lelaki yang disahkan mangsa pertama virus H1N1 di negara ini, yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

    Kedua-duanya mangsa dilaporkan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat bersama dua rakan lain, namun mereka didapati tidak dijangkiti virus berkenaan. Selepas tiba pada 13 Mei lalu, mangsa kedua itu menaiki pesawat AirAsia ke Pulau Pinang.

    Dr Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama yang kini dirawat di HSB dan mangsa kedua yang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah stabil, tetapi mereka hanya akan dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan sembuh.

    "Mangsa pertama tidak batuk atau sakit tekak dan hanya mengalami sedikit demam, manakala mangsa kedua pula tidak mengalami demam atau sebarang tanda-tanda lain. Keluarga mereka yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah juga dilaporkan berada dalam sihat," katanya.

    Sementara itu, akhbar Arab News semalam melaporkan seorang pegawai yang menguruskan jemaah umrah di Arab Saudi memberitahu, visa mengerjakan umrah tidak akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia dan Mesir sebagai langkah berjaga-jaga membendung H1N1.

    "Larangan terhadap jemaah dari negara di mana kes H1N1 disahkan, menyebabkan penurunan mendadak jumlah jemaah yang tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini," kata laporan itu yang memetik kenyataan Pengarah Komputer di Tasheel United Company, Mahmoud Abul Majd.

    Beliau berkata, hanya 3,000 jemaah tiba semalam, berbanding 10,000 jemaah setiap hari sebelum ini. Kementerian Haji Arab Saudi mengeluarkan lebih 1.6 juta visa umrah musim ini yang bermula 14 Januari lalu dan daripada jumlah itu, 1.3 juta jemaah sudah tiba.

    Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Jumua, pula menyarankan ulama di semua negara Islam mengeluarkan fatwa bersama bagi menangguhkan ibadah haji tahun ini bagi mengelak virus H1N1 boleh tersebar di Tanah Suci.

    "Fatwa itu wajar dikeluarkan semua cendekiawan dan pakar undang-undang dunia Islam yang diiktiraf. Mereka patut menggunakan laporan Kementerian Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian sebagai asas fatwa itu.

    "Tindakan melindungi keselamatan dan nyawa serta menyekat penyebaran penyakit berjangkit adalah antara matlamat utama dalam undang-undang Islam," katanya dalam temu bual dengan media al-Masry Al-Youm di Kaherah, semalam.

    Sehingga semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes H1N1 terhadap manusia meningkat kepada 8,480 di 39 negara, termasuk 72 kematian dengan angka tertinggi dicatat di Amerika Syarikat (4,714 kes, empat maut) dan Mexico (2,895 kes, 66 maut).

    Dua lagi negara bagi yang mencatat kes pertama mangsa positif H1N1 semalam ialah Turki dan India.

    Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), penasihat Jumua, Dr Ibrahim Negm, berkata mufti itu juga menyokong pandangan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Mohammed Tantawi supaya ibadah haji tidak diadakan tahun ini jika WHO mengisytiharkan H1N1 menjadi pandemik tahap keenam.

  • Ahad, 17 Mei 2009

    memusuhi ulama bererti memusuhi allah

    Dicatat oleh fahamianna di 11:18 PG 0 ulasan

    Orang yang bermusuh dengan para ulama adalah bermusuh juga dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu berseteru dengan orang yang menjalankan kerja-kerja menegakkan hukum Allah SWT, maka itulah maknanya orang itu bermusuh dengan Allah.

    Firman-Nya menerusi ayat 98 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasuk-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibrail dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir."

    Ayat ini terang dan jelas menunjukkan bahawa orang yang menentang Allah, ulama-ulama Islam yang membawa ajaran Islam yang sebenarnya adalah kafir di sisi Allah SWT.

    Oleh kerana itulah mengikut apa yang disebut di dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang masalah akidah, antara perkara yang membolehkan seseorang itu menjadi kufur ialah bermusuh dengan Allah atau bermusuh dengan wali-wali Allah atau bermusuh dengan orang yang menyebarkan ajaran Allah di atas muka bumi ini. Bermusuh dengan mereka semata-mata merana mereka mahu menegakkan amaran keras, bahawa sesungguhnya Allah bermusuh dengan orang-orang kafir.

    Ini bermaksud barang siapa yang bermusuh dengan Allah, bermusuh dengan para pemimpin yang menyebarkan ajaran-ajaran-Nya, bermusuh dengan Rasul-rasul Allah, Jibrail dan malaikat Mikail serta malaikat yang lain adalah kafir kerana amarah Allah di dalam ayat tersebut.

    Oleh kerana itu, kamu hendaklah sedar dan faham bahawa apabila kamu berseteru dengan Allah SWT dan menentang-Nya, maka mereka juga akan ditentang.Kita minta berlinding dengan Allah SWT daripada yang demikian itu, agar Allah SWT menjadikan kita ini termasuk di kalangan pengikut agama-Nya, di kalangan 'Jundullah' (tentera-tentera Allah) dan Allah Taala jadikan kita ini, pemimpin-pemimpin yang menjalankan ajaran-Nya serta menegakkan hukum-Nya bukan pemimpin yang mahu mencari keredhaan manusia semata-mata, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

    Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

    "Patutukah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

    "Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang menegaskan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)."

    Ayat-ayat yang dibaca sebagaimana maksudnya yang tersebut dalam siri yang lalu, masih lagi menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi Bani Israil di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut kaedah ilmu tafsir, iktibar atau pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukan dari sebab-sebabnya yang khusus.

    Iktibar dari sikap degil Bani Israil

    Oleh itu, ayat-ayat ini hendaklah diambil iktibar oleh setiap orang Islam khususnya dan mereka umumnya agar mereka tidak berperangai seperti Yahudi dan inilah tujuannya. Memang orang Yahudi sukar untuk membaca ayat al-Quran, orang Islamlah yang bertanggungjawab membacanya, maka kita bertanggungjawab juga mengambil iktibar dari apa yang dibaca.

    Di dalam ayat 99 surah al-Baqarah Allah SWT menyatakan yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.."

    Itu semua adalah tanda-tanda alamat yang nyata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya seorang Rasul dan Nabi SWT. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada Nabi-Nya ayat-ayat yang nyata dan terang serta tidak mengkafirkan dengannya melainkan orang-orang yang fasik.

    Di dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak mengatakan melainkan orang-orang yang kafir. Bagaimanapun orang kafir itu memang fasik juga atau dengan kata lain, sifat itu memang ada pada orang kafir. Tidak akan ingkar dengan tanda-tanda Allah SWT lahirkan kepada Nabi Muhammad itu melainkan oleh orang-orang yang fasik.

    Orang yang jahat sahaja yang mengkafirkan dan tidak percaya dengan tanda-tanda serta ayat-ayat yang dinyatakan oleh Allah, menjadi bukit kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di antara orang-orang yang fasik itu ialah orang Yahudi Bani Israil yang duduk di Madinah dan mereka melihat perangai dan batang tubuh Nabi serta tahu juga tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman." Ayat 100 surah al-Baqarah.

    Sebagaimana Allah menyatakan di dalam ayat-ayat yang lalu, Allah pernah membuat perjanjian dan materaikannya dengan cara yang dasyat seperti menurunkan petir sehingga mereka semua mati dan mereka itu hidup semula kemudian barulah mereka percaya dengan perjanjian itu.

    Allah SWT pernah mengangkat bukit Tun Saina' di atas kepala mereka di mana Allah SWT mahu memateraikan perjanjian dengan orang Yahudi dengan mengangkat bukit itu di atas kepala mereka barulah mereka beriman kepada Allah.

    Written by Presiden PAS

    - daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172 -

    Sabtu, 16 Mei 2009

    selamat hari guru

    Dicatat oleh fahamianna di 11:54 PG 0 ulasan


    selamat hari guru buat guruku sekalian..jasamu mendidik dan memberikan tunjuk ajar
    kepadaku
    hanya Allah sahaja yg dapat membalasnya.kau ibarat lilin yg membakar diri demi menerangi diri ini...

    lilin seorang guru
    Pernah langkah ku payah
    Menuju ke destinasi
    Kerana malam gelap
    Dan bintang hilang kerdipnya
    Menjadikan arah ku keliru
    Ke timur atau ke barat

    Bagai lilin membakar diri
    Menerangi kegelapan hati
    Kau curahkan bakti dan budi
    Jasamu tiada berganti

    Namun tanpa rasa payah
    Dia memimpin tanganku
    Melangkah satu persatu
    Dan mencipta jejak impian
    Menjadikan arahku jelas
    Aku harus ke hadapan

    Ohoo… aku kini rindu
    Pada satu nama yang berjasa
    Tuhan, beri kekuatan
    Untuk mendidikku selamanya
    Ku pohon restu kasih-Mu
    Ampunkanlah guru-guruku

    Semalam ku lihat dia
    Di bibirnya ada kalimah
    Yang bergetar saban waktu
    Sambil tangan menggenggam lilin
    Lilin yang tiada terpadam
    Menerangi hidupku kini


    bidadari adalah wanita yang mulia

    Dicatat oleh fahamianna di 10:30 PG 0 ulasan


    > Dalam buku Temasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengisahkan tentang bidadari-bidadari syurga. Bidadari-bidadari itu adalah wanita suci yang menyenangkan dipandangan mata, menyejukkan mata apabila dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Dia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.

    >

    > Sebagian kita mungkin berfikir, bilakah kita akan berjumpa dengan bidadari-bidadari itu, apakah dia akan kita miliki, adakah dia sedikit diantara mereka mendiami bumi pada waktu sekarang ini?

    >

    > Bidadari-bidadari itu telah turun ke bumi. Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia adalah jelmaan manusia yang berhati lembut, menyenangkan apabila dipandang mata, menyejukkan mata dilihat, mententeramkan hati setiap pemiliknya. Dialah wanita sholehah yang menjaga kesucian dirinya. Seperti apakah bidadari bumi itu?Apakah bisa kita mengikuti langkahnya, adakah dia seorang anak, adik, perempuan atau apakah dia isteri dan ibu kita, atau dia hanya berupa angan-angan yang sebenarnya bisa kita realisasikan, tapi syaitan kuat menahan?

    >

    > Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Setiap perempuan akan menjadi bidadari bumi, apakah ciri-cirinya?

    >

    > 1. Dia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Dia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah.

    >

    > 2. Dia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.

    >

    > 3. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak suka berdusta, bergaul bebas dan bersuka ria.

    >

    > 4. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Dia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.

    >

    > 5. Dia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, dan mententeramkan bila berada didekatinya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Dia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.

    >

    > 6.Dia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, Dia tidak berhenti belajar untuk bekalan hidupnya.

    >

    > 7. Dia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar.Dia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. "Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah". (HR Muslim)

    >

    > Dialah bidadari bumi, dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini. Ya Allah jadikanlah aku, ibuku, kakak dan adiku serta perempuan-perempuan di sekelilingku menjadi bidadari bumi. Agar kelak di syurga kami tidak canggung lagi.



    Khamis, 30 April 2009

    salam imtihan buat sahabat semua...

    Dicatat oleh fahamianna di 10:27 PG 0 ulasan


    imtihan semakin hampir..3.5.2009 adalah madah pertame utk sayer nk tempuhi exam kali ni..tggal 2 hari je lagi..debaran makin terase..ya Allah tenangkanlah hati hambamu ini..hambaMu yang dhaif lg hina disisi Mu ya Allah..berikanlah aku kejayaan yang cemerlang dunia akhirat..ya Allah kurniakanlah aku kefahaman para nabi..hafazan para Rasul..dan ilham para Malaikat yang dekat denganMu..ameenn..



    bonda dan ayahanda..doakanlah kejayaan permata hatimu ini..jadikanlah permata hati kalian ini hamba yang taat pd perintah Tuhanmu..yg hidup berlandaskan sunnah Rasul ..jasamu bonda yg mengandung sehinggalah melahirkan tidak dpt anakmu balas dgn wang ringgit..intan permata..hanye dgn kejayaan yg dpt membalas jasa kalian..ayahanda..jasa ayah mencari sesuap rezeki utk kami akan anakmu ini jadikan sumber kekuatan utk terus berjuang mencari sebutir mutiara..mutiara yg tiada nilai menuju jalan tuhanMu..maafkan segala kesalahan dan kesilapan permata hati kalian ini..rindu kalian.kepada abang selamat menempuh imtihan juge..moga tahun ni dapatlah balik mesia...kakdina time kasih atas segalanya..wajdi buah hati cikngah yg cikngah syg sokmo...n adik2 yg kak syg..doakan kejayaan kak di sini..pade kwan2 semua selamat imtihan..kejayaan milik kita bersama..



    kepada 'insan' yg sentiasa bagi semangat n dorongan utk diri ini..terima kasih atas segalanya..doa darimu amat kuharapkan...semoga kejayaan sentiasa menjadi milik diri yg lemah ini..maaf andai terkasar bahase tersilap bicare sepanjang perkenalan kite...doakan kejayaan diri ini..

    koleksi gambar wajdi...utk tatapan peminat wajdi..hehehe

    Dicatat oleh fahamianna di 9:30 PG 0 ulasan
    kulihat hijauuu....
    muke bangun tdor..
    comel baju melayu wajdi..sape buatkan tu???

    meroh kene gigit di nyamuk tu..cian budok wajdi..

    shibuk tolon umi basuh baju...tgk muke tu bersungguh2..


    ape ni???alamak??hahaha kaki wajdi ghupe2nye..amboi siap bersilang lg..
    dgr sini semua..abi..umi.cikngah..wajdi nok kabor..hari ni hari khamis..hehe
    mulut yg muncunggg
    haa..tu dia muke nk bersin hahaha...wajdi lawok btl awak ni..


    muke control ensem ngan kete baru yang ijau lagi..

    Wanita yang Aduannya Didengar Allah dari Langit Ketujuh

    Dicatat oleh fahamianna di 9:07 PG 0 ulasan

    Beliau adalah Khaulah binti Tsa’labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa’labah Ghanam bin Auf. Suaminya adalah saudara dari Ubadah bin Shamit, yaitu Aus bin Shamit bin Qais. Aus bin Shamit bin Qais termasuk sahabat Rasulullah yang selalu mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam peperangan, termasuk perang Badar dan perang Uhud. Anak mereka bernama Rabi’.

    Suatu hari, Khaulah binti Tsa’labah mendapati suaminya sedang menghadapi suatu masalah. Masalah tersebut kemudian memicu kemarahannya terhadap Khaulah, sehingga dari mulut Aus terucap perkataan, “Bagiku, engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar dan duduk-duduk bersama orang-orang. Beberapa lama kemudian Aus masuk rumah dan ‘menginginkan’ Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah islam (yaitu dhihaar). Khaulah berkata, “Tidak… jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkan terhadapku sampai Allah dan Rasul-Nya memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”

    Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta fatwa dan berdialog tentang peristiwa tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan dengan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.” Sesudah itu Khaulah senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu tentang peristiwa yang menimpa diriku.” Tiada henti-hentinya wanita ini ini berdo’a hingga suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pingsan sebagaimana biasanya beliau pingsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sadar, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan ayat Al-Qur’an tentang dirimu dan suamimu.” kemudian beliau membaca firman Allah yang artinya, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat…..” sampai firman Allah: “Dan bagi orang-orang kafir ada siksaan yang pedih.” (QS. Al-Mujadalah:1-4)

    Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarah dhihaar, yaitu memerdekakan budak, jika tidak mampu memerdekakan budak maka berpuasa dua bulan berturut-turut atau jika masih tidak mampu berpuasa maka memberi makan sebanyak enam puluh orang miskin.

    Inilah wanita mukminah yang dididik oleh islam, wanita yang telah menghentikan khalifah Umar bin Khaththab saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasehat kepadanya. Dalam sebuah riwayat, Umar berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka saya akan mengerjakan shalat kemudian kembali untuk mendengarkannya hingga selesai keperluannya.”

    Alangkah bagusnya akhlaq Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan hanya kepada Allah Ta’ala. Beliau berdo’a tak henti-hentinya dengan penuh harap, penuh dengan kesedihan dan kesusahan serta penyesalan yang mendalam. Sehingga do’anya didengar Allah dari langit ketujuh.

    Allah berfirman yang artinya, “Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah (berdo’a) kepada–Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al-Mu’min: 60)

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda yang artinya, “Sesungguhnya Rabb kalian Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu Maha Malu lagi Maha Mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya jika hamba-Nya mengangkat kedua tangannya kepada-Nya untuk mengembalikan keduanya dalam keadaan kosong (tidak dikabulkan).” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

    Hikmah

    Tidak setiap do’a langsung dikabulkan oleh Allah. Ada faktor-faktor yang menyebabkan do’a dikabulkan serta adab-adab dalam berdo’a, diantaranya:

    1. Ikhlash karena Allah semata adalah syarat yang paling utama dan pertama, sebagaimana firman Allah yang artinya, “Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai(nya).” (QS. Al-Mu’min: 14)
    2. Mengawali do’a dengan pujian dan sanjungan kepada Allah, diikuti dengan bacaan shalawat atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan diakhiri dengan shalawat lalu tahmid.
    3. Bersungguh-sungguh dalam memanjatkan do’a serta yakin akan dikabulkan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Khaulah binti Tsa’labah radhiyallahu ‘anha.
    4. Mendesak dengan penuh kerendahan dalam berdo’a, tidak terburu-buru serta khusyu’ dalam berdo’a.
    5. Tidak boleh berdo’a dan memohon sesuatu kecuali hanya kepada Allah semata.
    6. Serta hal-hal lain yang sesuai tuntunan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

    Selain hal-hal di atas, agar do’a kita terkabul maka hendaknya kita perhatikan waktu, keadaan, dan tempat ketika kita berdo’a. Disyari’atkan untuk berdo’a pada waktu, keadaan dan tempat yang mustajab untuk berdo’a. Ketiga hal tersebut merupakan faktor yang penting bagi terkabulnya do’a. Diantara waktu-waktu yang mustajab tersebut adalah:

    1. Malam Lailatul qadar.
    2. Pertengahan malam terakhir, ketika tinggal sepertiga malam yang akhir.
    3. Akhir setiap shalat wajib sebelum salam.
    4. Waktu di antara adzan dan iqomah.
    5. Pada saat turun hujan.
    6. Serta waktu, keadaan, dan tempat lainnya yang telah diberitakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
     

    .......KERINDUAN YANG TIADA DUA...... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez