Jumaat, 26 Jun 2009
9 sebab hati tidak bahagia
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Selasa, 9 Jun 2009
xder idea.............
Sabtu, 30 Mei 2009
lagi jalan2 di tahrir @grand hotel..&si wajdi..
Rabu, 27 Mei 2009
Selasa, 19 Mei 2009
air mata itu.................
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti..
Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela contohnya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Nabi Adam a.s menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut.
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a . "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. 3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
fahamianna~~~aku menangis sebab ape???hehehe...menangis tidak bererti meratapi kesedihan..ketawa tidak beerti gembira..senyuman tidak bererti sentiasa tenang..jadi menangislah kerana takutkan Allah dan menangislah jika dengan menangis membuat dirimu terasa tenang..
PERASAN ATAU TIDAK

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda..
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda..
5.. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."
Isnin, 18 Mei 2009
bala dari Allah???
PUTRAJAYA: Semua 101 penumpang dan lima anak kapal pesawat AirAsia AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu yang turut dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) di negara ini, akan dikuarantin di rumah selama tujuh hari.
Turut dikuarantin semua ahli keluarga dan sesiapa yang pernah berurusan secara langsung dengan mereka selepas menaiki penerbangan berkenaan, yang berlepas pada jam 11 pagi.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata pihaknya sudah mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengesan penumpang terbabit supaya langkah kuarantin dapat dilaksanakan, termasuk terhadap ahli keluarga mereka.
"Pada masa sama, kita meminta semua penumpang yang menaiki pesawat itu menghubungi mana-mana hospital dan klinik kerajaan atau talian 03-88810200/10300 serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mangsa kedua yang disahkan positif Influenza A itu ialah seorang pelajar perempuan yang juga rakan kepada pelajar lelaki yang disahkan mangsa pertama virus H1N1 di negara ini, yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Kedua-duanya mangsa dilaporkan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 dari Newark, Amerika Syarikat bersama dua rakan lain, namun mereka didapati tidak dijangkiti virus berkenaan. Selepas tiba pada 13 Mei lalu, mangsa kedua itu menaiki pesawat AirAsia ke Pulau Pinang.
Dr Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama yang kini dirawat di HSB dan mangsa kedua yang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) adalah stabil, tetapi mereka hanya akan dibenarkan keluar dari hospital selepas disahkan sembuh.
"Mangsa pertama tidak batuk atau sakit tekak dan hanya mengalami sedikit demam, manakala mangsa kedua pula tidak mengalami demam atau sebarang tanda-tanda lain. Keluarga mereka yang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah juga dilaporkan berada dalam sihat," katanya.
Sementara itu, akhbar Arab News semalam melaporkan seorang pegawai yang menguruskan jemaah umrah di Arab Saudi memberitahu, visa mengerjakan umrah tidak akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia dan Mesir sebagai langkah berjaga-jaga membendung H1N1.
"Larangan terhadap jemaah dari negara di mana kes H1N1 disahkan, menyebabkan penurunan mendadak jumlah jemaah yang tiba sejak beberapa hari kebelakangan ini," kata laporan itu yang memetik kenyataan Pengarah Komputer di Tasheel United Company, Mahmoud Abul Majd.
Beliau berkata, hanya 3,000 jemaah tiba semalam, berbanding 10,000 jemaah setiap hari sebelum ini. Kementerian Haji Arab Saudi mengeluarkan lebih 1.6 juta visa umrah musim ini yang bermula 14 Januari lalu dan daripada jumlah itu, 1.3 juta jemaah sudah tiba.
Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Jumua, pula menyarankan ulama di semua negara Islam mengeluarkan fatwa bersama bagi menangguhkan ibadah haji tahun ini bagi mengelak virus H1N1 boleh tersebar di Tanah Suci.
"Fatwa itu wajar dikeluarkan semua cendekiawan dan pakar undang-undang dunia Islam yang diiktiraf. Mereka patut menggunakan laporan Kementerian Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian sebagai asas fatwa itu.
"Tindakan melindungi keselamatan dan nyawa serta menyekat penyebaran penyakit berjangkit adalah antara matlamat utama dalam undang-undang Islam," katanya dalam temu bual dengan media al-Masry Al-Youm di Kaherah, semalam.
Sehingga semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes H1N1 terhadap manusia meningkat kepada 8,480 di 39 negara, termasuk 72 kematian dengan angka tertinggi dicatat di Amerika Syarikat (4,714 kes, empat maut) dan Mexico (2,895 kes, 66 maut).
Dua lagi negara bagi yang mencatat kes pertama mangsa positif H1N1 semalam ialah Turki dan India.
Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), penasihat Jumua, Dr Ibrahim Negm, berkata mufti itu juga menyokong pandangan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Mohammed Tantawi supaya ibadah haji tidak diadakan tahun ini jika WHO mengisytiharkan H1N1 menjadi pandemik tahap keenam.


